Tuesday, January 26, 2010

Melaka - Episod 1

15 Januari 2010 - Bermulalah satu perjalanan ahli ronggengdotcom dari Kuala Lumpur ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Kami dipecahkan kepada 2 pasukan iaitu pasukan CCE & DBG. Pasukan CCE memulakan perjalanan lebih awal disebabkan hal2 check in hotel perlu diuruskan segera.. Lagipun DBG mempunyai agenda tersendiri iaitu singgah di rumah wanie & sakinah.

Disebabkan penulis berada dalam pasukan CCE, jadi cerita pasal CCE je lah..haha..boleh? CCE sampai di tol Ayer Keroh tepat jam 6.45 pm. Berbekalkan map yg di print dari google map & GPS maira kami mencari2 hotel Mimosa yg sudah di book. Ternyata agak sukar apabila merujuk kepada kedua2 map sekaligus!.. huhu.. Akhirnya kami terpaksa akur dgn teknologi GPS tuh.

7.30 pm : Sampai di hotel Mimosa & check in hotel. (Kat sni sempat tgk muke bangga ajk kewangan kite apabila mengeluarkan wang deposit..huh!)

Selepas mandi, solat kami keluar untuk mencari pasukan DBG yg terkapai2 mencari jalan ke hotel..huhu.. difahamkan mereka juga membawa beberapa helai map yg di print..



Hasil kerjasama erat antara ajk komunikasi kedua2 pasukan (dilantik secara x sengaja).. CCE dan DBG berjaya dipertemukan di stesen minyak mobil sekitar bandar melaka..


Sebaik sahaja bertemu kami meneruskan perjalanan ke Umbai untuk menikmati makan malam. Huh memang best la makanan kt situ.. TQ kepada mak wanie yg bersusah payah menyediakan nasi lemak yg sedap itu. Hanya lauk pauk yg di order bagi memeriahkan lagi makan malam ronggengdotcom.. Masing2 menunjukkan muke lapar time nak order..hahah.. pilih2 maira bayar.. jangan risau...





Selepas menikmati makan malam yg enak2 masing dh tersandar kekenyangan.. Tibalah saatnya nak bayar.. Perasan suspen + berdebar2 & excited bercampur baur..(yeker?? sebab nk tgk muke bangge maira lagi kah??)..haha..


Harga & menu2nya ialahhh... leh tgk sni..



Bertemankan perut yang kekenyangan ahli ronggengdotcom beredar pulang ke hotel.. masing dah penat & tido dgn nyenyak.. Tamat sudah episod 1, nantikan episod seterusnyer..huah3..

wassalam..

Thursday, January 21, 2010

Belanjawan - "Ronggeng ke Melaka 2010"

Assalamualaikum...

Semua ahli ronggengdotcom dah sedia maklum tentang jadual perbelanjaan aktiviti kita baru2 ini.. Untuk memeriahkan lagi blog ini saya dengan berbesar hati akan publish jadual tersebut di ruang blog ini...huhu..(rase cam bangge jer dgn budget kite..) Mungkin lepas ni jadual ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk penambahbaikan dalam aktiviti2 yg bakal menyusul.. Saya yakin lepas ni akan ada strategi2 yg lebih bernas dlm menguruskan kewangan kelab kite.. (status kelab ke kite ni?..nt akan dibincangkan..hehe)
.
.
.

Sekian terima kasih

-setiausaha-

Friday, January 15, 2010

~~ Ronggeng Ke Melaka ~~


Salam..

Seperti semua ahli ronggeng sedia maklum, aktiviti ronggeng yg terkini adalah meronggeng ke melaka bandaraya bersejarah.. Kita akan bertolak ke Melaka pada petang ini, 15 januari 2010. Semoga kita sama2 bergembira dan melupakan seketika apa2 yang menyesakkan otak ketika ini.. Diharap kita semua berjaya meloloskan diri dari opis ini seperti masa yg telah kita bincangkan yer.. uhuk2...

Baiklah kawan2.. selamat bergumbira. Semoga percutian kita kali ini berjaya dan perjalanan kita akan selamat pergi dan pulang.. InsyaAllah...





disediakan oleh

-setiausaha-

P/s: edisi peniup semangat...

Pembukaan Rasmi

.
.
Assalamualaikum..
.
.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim blog ini akan menjadi blog rasmi untuk merakamkan detik2 best aktiviti ronggeng dot com..
.
.
Blog ini masih didalam proses pembikinan..so, sesiapa ada cadangan sila usulkan kepada email rasmi ronggengdotcom;
.
.
wassalam..